Melayu Jangan Mudah Lupa

Wednesday, July 28, 2010

Isu perpaduan Melayu perlu diteruskan

ALOR SETAR - Rundingan antara Pas dan UMNO mengenai isu perpaduan orang Melayu wajar diteruskan demi kestabilan politik negara memandangkan orang Melayu memegang majoriti peratusan penduduk negara ini.

Veteran UMNO Kedah, Datuk Abu Bakar Rautin berkata, kerjasama perpaduan tidak seharusnya dicemari unsur politik dan perbincangan perlu berlandaskan skop menyatukan orang Melayu tanpa membincangkan hala tuju politik masing-masing.

“Sekiranya orang Melayu berpecah belah, politik tidak stabil, ini akan memberi kesan terhadap negara. Inisiatif ke arah perpaduan Melayu bukan sahaja perlu diadakan antara parti politik sebaliknya turut membabitkan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Menurutnya, perpecahan dalam kalangan orang Melayu amat ketara selepas pilihan raya umum 2008 apabila sokongan orang Melayu bertunjangkan parti politik.

“Mungkin agak sukar untuk kita gambarkan apabila pemimpin parti politik berbeza ideologi duduk semeja, namun tidak salah sekiranya dibuat demi kebaikan bersama,” katanya.

Menurutnya, sekiranya perbincangan di peringkat tertinggi tidak dapat diterima banyak pihak, sebagai permulaan eloklah dibuat di peringkat bawahan terlebih dahulu.

“Sebagai permulaan, saya cadangkan pertemuan di peringkat bawahan membabitkan wakil NGO atau pertubuhan sukarela tanpa ada wakil parti politik,” katanya.
Sumber - SinarHarian

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-