Melayu Jangan Mudah Lupa

Monday, August 2, 2010

Politik Malaysia, politik Melayu - jangan lupa hakikat itu

Politik diMalaysia khususnya disemenanjung memang tidak boleh dianjak jauh dari politik orang Melayu. Kepada orang Melayu politik dan kuasa yang ada bersamanya itulah ‘survival’ mereka.

Jika orang Melayu tidak diberikan kuasa, pihak yang lain tidak akan juga berkuasa.

Jika ada pihak yang lain mempunyai keyakinan yang politik dinegara ini boleh mengasingkan orang Melayu darinya itu merupakan pendapat yang amat besar kesilapannya..

Yang menjadikan keadaan tidak menentu pada hari ini ialah kerana politik orang Melayu. Melayu tidak boleh diketepikan dari semua bidang kehidupan dinegara ini; politik, budaya, ekonomi dan lebih-lebih lagi agamanya.Jika Melayu berpuas hati maka elok dan moleklah politik negara.

Sesiapa atau parti mana sekali pun, jika mahukan kewujuddannya secara kekal tidak boleh melarikan diri dari mengambil kira isu orang Melayu, tidak kira dibandar atau pun didesa.

Ahli politik kaum Cina atau pun India tidak akan sampai kemana-mana jika tidak mendapat sokongan orang Melayu bersama dengan budaya dan agamanya.

Berasaskan kepada hakikat ini mana-mana kaum dan parti berwajib untuk mendapat sokongan dari orang Melayu keseluruhannya.

Itu sebab dulu-dulunya mana-mana parti yang ingin mendapat kejayaan maka mereka mestilah bergabung dengan UMNO. Mana-mana pihak yang mendapat sokongan UMNO pihak itulah yang akan berjaya.

TETAPI sekarang UMNO tidak lagi mampu menyatukan ahli-ahlinya kerana ahli-ahli sendiri tidak berkayakinan dengan sepenuhnya terhadap kepimpinannya. Rasuah pula membawa bencana. UMNO jelas telah gagal menguruskan kejayaannya kerana rasuah.

Pemimpin dan ahlinya sudah berjauhan dan ‘disconnected’. Walaupun nampak pemimpin bersatu tetapi ahli-ahli umno sendiri yang keluar parti dalam jumlah yang besar dengan cara mengundi parti pembangkang didalam peti undi semasa pilihanraya.

Mereka tidak payah mengisytiharkan keluar UMNO tetapi mereka menggunakan kaedah mengundi parti ‘alternative’ semasa pilihanraya. Jadi UMNO tidak payahlah hendak membuat publisiti murahan mengisytiharkan disana sini seratus atau dua ratus orang ahli PAS atau PKR menyertai UMNO.

Sebaleknya ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang dalam jumlah ratusan ribu bilangannya semasa pilihanraya nanti seperti yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas.

Mana-mana pihak yang tidak suka saya berfikiran sebegini tidak mengapa kerana masa akan menentukan kebenaran yang saya katakana ini. Sementara menunggu tentang apa yang saya perkatakan ini terbukti berseronoklah mengkritik saya sepuas hati. Saya memilih untuk membuktikan kebenaran ini kemudian hari. ‘I choose to smile last but with a sweet one’.

Maka untuk menjadikan orang Melayu menjadi penentu mana-mana pihak yang ingin berjaya maka orang-orang Melayu mesti bersatu dalam keadaan yang sejuk dan nyaman tanpa berdepan dengan masalah.

Itulah sebabnya saya selalu merungut kepada pemimpin-pemimpin kita supaya berbuat baik. Jangan rasuah dan jangan salahgunakan kuasa dan pengaruh supaya UMNO itu dihormati.

Tetapi tidak juga mampu untuk menghilangkan persepsi orang ramai kepada UMNO sebagai parti tempat perasuah berselindung. Kalau UMNO itu bersih maka orang Melayu akan bersatu dibawahnya dan Melayu akan mempunyai ‘consequence’ yang besar terhadap politik negara.

Tetapi keadaan UMNO semakin hari semakin tenat maka orang Melayu lebih cenderung untuk bersatu diluar UMNO dan ramai diantaranya memilih untuk bernaung dibawah PAS. Maka salah siapa lagi kalau bukan salah pihak kita?

Hanya PAS sahaja ada Melayunya, ada budayanya dan lebih-lebih lagi ada Islamnya.

Orang Melayu yang dulunya mengundi calun MCA sekarang memilih untuk mengundi DAP kerana DAP ada Melayunya jika kita mahu. DAP akan meletakkan beberapa calun Melayu dalam pilihanraya yang akan datang dan Melayu itu ada budaya dan agamanya. Jika DAP tidak meletakkan calun-calun Melayu maka parti itu akan juga mengalami kerugian besar.

Jumlah perwakilan orang India sekarang bertambah ramai kerana orang India berada dalam banyak parti walaupun mereka hanya mewakili 15 peratus dari jumlah penduduk negara. Orang India berada dalam BN melalui MIC dan juga melaui PKR dan DAP.

Lagi banyak perkelahian diantara mereka lagi ramai mereka duduk didalam Dewan-Dewan 'Legislative' negara.

Tetapi apabila orang seperti saya berkata hakikat ini penyokong UMNO memilih untuk membelasah saya dan tidak mahu mengakui yang diperkatakan itu adalah benar. Tetapi saya tidak peduli. Masa akan menjadi penentu.

Mereka masih bertungkus lumus untuk menegakkan benang yang basah itu. ‘Saying the truth seems to be forbidden in UMNO’.

Pilihanraya semakin hampir. Orang seperti saya hanya mampu berdoa. Mungkin doa-doa kita dikabulkan Tuhan, tetapi hajat untuk berpayung dibawah pimpinan yang bersih tidak kesampaian.

Berbagai usaha dilakukan oleh setengah pihak untuk memperbaikki UMNO tetapi hanya bertemu dengan kegagalan.

Dari saat ini kita hanya berharap kepada nasib sahaja. Nasib sabut kita timbul, nasib batu kita tenggelam.

Jika Melayu timbul semua yang lain akan timbul. Jika Melayu tenggelam yang lain juga akan tenggelam.
Sumber - Aspanaliasnet

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-