Banyak kesedaran telah timbul terhadap arahtuju politik parti DAP yang disokong kuat oleh Pas dan PKR. Perjuangan mereka sebenarnya bukanlah untuk kesamarataan semata-mata bahkan apa yang mereka kehendaki dan sedang rancang sekarang ini adalah menguasai segalanya, iaitu politik dan ekonomi di negara kita. Jika dibiarkan berlaku maka akhirnya bangsa Melayu akan merempat di negara sendiri.
Cuba singkap kembali siapakah yang beria-ia menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra? Mereka menggunakan alasan kesamarataan untuk perlahan-lahan merampasnya dari kita. Namun apa yang kita lakukan selama ini? Kita masih bercakaran sesama Melayu yang dengan ini telah membuka ruang yang sangat luas untuk kaum rasis itu memecahbelahkan kita. Akhirnya baru kini Pas terkejut dan sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini hanyalah sia-sia.
Tidak mustahil PRU13 adalah persaingan kuasa diantara Melayu dengan bukan Melayu (yang disokong oleh Melayu), dan keputusannya mungkin akan membuatkan Melayu lebih lemah di negara sendiri. Siapakah yang benar-benar berjuang untuk bangsa Melayu? Pas hanya berjuang untuk 'Isle' (Islam) semata-mata dengan menolak konsep bangsa dan kebangsaan kebelakang. Pemimpin UMNO yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu nampaknya masih lebih menimbulkan kebencian rakyat kerana sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri serta kaum kerabatnya.
Saya melihat PRU13 nanti adalah kecelaruan buat bangsa Melayu dan tidak mustahil kekuasaan politik bangsa Melayu selama ini juga akan terhakis dan bahkan padam selama-lamanya.
Sumber - Braveheart
