Melayu Jangan Mudah Lupa

Thursday, June 24, 2010

Apakah Melayu Sudah Berpecah Atau Hanya Tak Sokong UMNO

Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri dan juga negarawan ulung menulis Melayu kemana dan Melayu kemana 2 . Beliau mengatakan bahawa orang Melayu yang berjumlah 60% sudah berpecah kepada 3. Perpecahan yang di tulis oleh TUN bukannya perpecahan kerana tidak pergi makan kenduri orang itu kerana sembelihan nya tak sah atau pon tidak sembahyang di Masjid tapi sembahyang di markas.

Tun berkata orang melayu sekarang tidak menjadi penyokung mejority bagi sasabuah parti. Sekarang parti Melayu ada 3 , UMNO,PAS dan PKR. Setiap satu parti mendapat 20% dan ini menjadikan parti tersebut tidak kuat untuk membela Melayu dan parti Melayu ini terpaksa mengharapkan bukan Melayu yang sentiasa bersatu untuk menyokong mereka untuk mereka terus berkuasa.

Perbezaan pendapat yang ketara bagi orang Melayu inilah yang menyebabkan orang melayu berpecah kata TUN.

Ada yang kata Melayu akan di tuduh berpecah bila orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO. Ada yang kata cerita orang Melayu berpecah adalah cerita hantu yang di gunakan oleh UMNO untuk menakut-nakut orang melayu dengan harapan orang Melayu akan kembali menyukung UMNO. Kata mereka ini cerita hantu lama dan orang melayu sekarang sudah tak takut lagi dengan cerita hantu ini.

Cerita hantu ini di surahkan supaya Orang Melayu menjadi takut kepada Orang cina di Malaysia dan bukan nya orang cina dari negara China, untuk orang Melayu menjadi takut kepada orang India di Malaysia dan bukan nya orang India dari negara India.Bila orang Melayu takut mereka akan kembali menyokong UMNO. Itulah yang di harapkan.

Oklah untuk berlaku adil marilah kita lihat, parti mana sebenarnya yang menjadi punca melayu berpecah. Kita harus menyorot balik sejarah negara.

Kita lihat sewaktu parti mana memerintah Singapura di berikan kepada Cina. Kita lihat sewaktu parti mana memerintah pulau Batu Puteh di berikan kepada Cina. Kita lihat juga sewaktu parti mana memerintah telaga minyak di berikan kepada negara lain.

Taiwan yang jauh dari China, tetapi China tetap mengaku Taiwan itu milik nya. Sabah yang jauh dari Filipino tapi sampai sekarang dalam perlembagaan Filipino Sabah adalah hak sultan sulu. Tapi kita tak tulis pon Singapura adalah sebahagian daripada kita.

Itu yang di luar negara, mari kita lihat yang di dalam negara, Kontraktor dari parti mana yang banyak bagi projek kepada Cina. Kunun nya ada lesen kontraktor tapi berfungsi hanya menjadi broker untuk mencari projek dan di jual kepada Cina. Boleh siasat berapa kerat graduan Melayu yg ramai mengangur ini di ambil bekerja oleh kontraktor Melayu. Satu orang tawkey cina pegang 10 lesen kelas F melayu.

Dasar hipokrit ini lah yang menyebabkan orang Melayu akan menyepak UMNO ke dalam tong taik. Bila tiba persidangan di PWTC semua puak-puak ini akan hadir untuk bercakap perihal Melayu. Melayu tersingkir, Melayu tersisih, tapi siapa yg menyisih, siapa yang singkir.

Saya setuju UMNO pon banyak membantu orang Melayu, Orang melayu dapat keluar dari kempompong kemiskinan dan dapat melihat dunia hari ini pon kerana kepimpinan UMNO. Tetapi sayang tika orang Melayu keluar melihat dunia, UMNO dan pemimpinan nya masuk balik ke dalam tempurung.

Orang yang harus di tajdid dan di surahkan tentang perpecahan Melayu adalah bukan kepada orang Melayu tetapi pemimpin UMNO yang harus di surahkan ke telinga mereka, kerana kerena mereka lah umat melayu mempunyai haluan berbeza.

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-