Melayu Jangan Mudah Lupa

Thursday, June 24, 2010

Sesama Melayu/islam bergaduh kafir tepuk tangan

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.



2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis)

Kenapalah sesama islam nak bergaduh? Orang bukan islam bertepuk tangan tengok melayu Islam bergaduh sesama sendiri dan nampaknya propaganda/agenda jahat mereka telah berjaya disuntik dalam pemikiran orang melayu Islam. Janganlah terkejut nanti kalau islam jatuh disebabkan oleh orang islam sendiri. Insaflah puak-puak yang berkenaan. Islam sudah semakin parah.

Pengganas dalam ISLAM ialah orang yang mempergunakan agama ISLAM. Tak kira dia mengaku ISLAM atau bukan. Pejuang dalam ISLAM ialah orang yang memperjuangkan ISLAM. Tak kira ia dipanggil pengganas atau bukan. Tetapi PAS secara maksimanya telah mempergunakan agama islam untuk meraih undi rakyat dengan menjaja BN punyai kerjasama dengan Israel/Yahudi. Mentaliti Melayu seperti biasa akan terus berfikir "Oh! Yahudi/Israel itu jahat!".

Hanya orang bodoh dan bebal saja mempercayai perjuangan PAS yang sebenarnya tamakkan kuasa. Hanya segelintir kecil pemimpin PAS yang benar-benar memperjuangkan Islam. Pakatan Rakyat sengaja menghasut rakyat kononnya kerajaan timbulkan isu ini untuk menghentikan rakyat daripada bercakap/berbincang mengenai isu-isu yang hangat. Bagaimana jikalau apa yang dilaporkan itu adalah betul dan rakyat pada ketika itu tidak mempercayainya, bolehkah rakyat memaafkan kesilapan Pakatan Rakyat yang telah menganggap kehadiran J.I itu hanyalah satu percubaan utk mengalihkan pandangan rakyat?

Takkan nak tunggu hotel-hotel di negara ini atau bas-bas awam seperti rapid KL meletup secara tiba-tiba sehingga mengorbankan sejumlah besar nyawa rakyat Malaysia barulah rakyat nak percayakan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan? Ketika itu, penyesalan korang mampu membawa kembali mereka yg telah terbunuh??

Jangan jadi rakyat Malaysia yang bodoh!


Sumber -
unitmediasiber.blogspot

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-