Melayu Jangan Mudah Lupa

Friday, June 25, 2010

Sikap Melayu membimbangkan

PUTRAJAYA 21 Jun – Seorang menteri kanan hari ini membangkitkan kebimbangan berhubung sikap sebilangan besar orang Melayu yang tidak ambil peduli tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun atau lebih.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, padahal mendaftar sebagai pengundi hanya mengambil masa kurang dari 15 minit.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menarik perhatian bahawa sekitar 500,000 ahli parti itu sendiri belum dipastikan sebagai pengundi berdaftar pada masa ini.

Sedangkan, kata beliau, realitinya politik masa depan Malaysia banyak bergantung kepada orang Melayu lantaran bilangan mereka sudah melebihi 54 peratus.

‘‘Secara keseluruhannya orang Melayu tidak ambil pusing sangat. Dalam Pas keadaannya lebih baik kerana anggotanya menunjukkan menambah pengundi di kawasan masing-masing.

‘‘Bilangan orang Melayu sudah melebihi 54 peratus tetapi malangnya mereka berpecah kepada UMNO, Pas dan PKR. Dalam aluran ini, Melayu kena wajib berfikir secara lantas kalau terus mahu mengepalai pimpinan kerajaan di negara ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Ketika ini sejumlah 11 juta pemilih pendaftar telah disahkan oleh SPR.

Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2007 pernah mengingatkan bahawa kegagalan kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi secara langsung telah menafikan hak mereka untuk terlibat dalam proses demokrasi negara.

Perkara itu, tegas Najib, tidak seharusnya berlaku kerana hak mengundi adalah satu keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan negara dan semua rakyat wajar menggunakan hak tersebut dengan sebaik-baiknya.

Justeru, kata beliau, sesuatu tindakan perlu dilakukan dengan segera supaya golongan terbabit tidak ketinggalan untuk turut sama mencorak kerajaan serta menentukan parti yang bakal memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber - Pribumiperkasa

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-