Geert Wilders seorang MP Belanda yang pernah menaikkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia selepas penyiaran filem pendek “Fitna” pada bulan Mac 2008 telah menyakitkan hati umat Islam sekali lagi dengan kenyataan terbaru beliau.Pada 6 Mac 2010, Geert Wilders telah mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain.
Yang terbaru ialah kenyataan beliau di bawah :-
THE HAGUE 16 Julai - Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders mahu menubuhkan sebuah perikatan antarabangsa bagi menyebarkan mesej anti-Islam di seluruh dunia Barat dalam usaha, antara lain bertujuan menyekat kemasukan pendatang dari negara-negara Islam.
Wilders memberitahu Associated Press (AP) semalam, beliau akan melancarkan gerakan itu pada akhir tahun ini, sebagai permulaan di lima negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, Perancis dan Jerman.
"Mesej 'sekat Islam, pertahankan kebebasan' ialah mesej yang bukan sahaja penting bagi Belanda tetapi juga bagi seluruh dunia Barat yang bebas," kata Wilders dalam ucapan di Parlimen Belanda.
Antara matlamat perikatan itu ialah mengharamkan penghijrahan pendatang dari negara Islam ke Barat dan pengharaman pelaksanaan Syariah.
Bermula daripada peringkat akar umbi, gerakan itu diharapkan akan mempunyai anggota di kalangan ahli Parlimen atau dapat mempengaruhi ahli Parlimen lain, kata Wilders. - Utusan Malaysia.
Tetapi penulis menyarankan jika ada pihak yang mahu membuat demonstrasi di depan kedutaan Belanda supaya mengenepikan fahaman politik mereka dan berkumpul sebagai umat Islam yang prihatin. Tidak susahkan?
Sumber - novandri.blogspot.com
