Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, June 8, 2010

Melayu tak mungkin bersatu

Saya bukan org politik. Saya tak suka politik dan saya tak suka org yg suka berpolitik. Politik bagi saya lebih banyak bawa bala bencana dalam masyarakat. Apa lagi kalau politik tu bersandar kepada matlamat peribadi dan nafsu serakah. Sebutlah apa nama parti politik, bagi saya rata2 di sebalik apa yg dikatakan sebagai 'perjuangan'

ternyata terdapat agenda tersembunyi di sebaliknya. Kalau umno, mca, mic tu dah amat jelas. Berbillion ringgit wang rakyat telah habis dirampok atas nama 'pembangunan' dan kaedah yg paling licik.

Saya tak kisah kalau mana2 menteri atau sapa2 saja nak kebas duit rakyat. Tapi tolong lah beri perhatian sikit pada kebajikan rakyat khususnya yg miskin tegar yg amat2 memerlukan bantuan dari pihak pemerintah.pasal rasuah, penyelewengan, penipuan dan yg seumpama dgnnya tu, tanggunglah sendiri nanti di padang mahsyar. Parti pemerintah memang amat mudah utk dilihat kerakusannya berbanding parti2 yg baru2 saja belajar nak memerintah.

Tapi apa jaminan utk parti2 yg kini dikategorikan sebagai pembangkang tidak akan buat perkara sama bahkan mungkin lebih dahysyat lagi bila memerintah nanti? Semua pemimpin parti pembangkang adalah manusia biasa yg amat mudah rebah bila lihat peluang terbaring di depan mata. Juta2 ringgit hanya melalui satu deal saja? Boleh kah pemimpin2 ini sabar? Kuat sangatkah iman pemimin2 pembangkang ni? atau mereka juga akan buat apa yg pernah mereka perangi suatu ketika dulu semasa belum memerintah? Atau mungkin mereka akan berkata, ah..tidak mengapalah, nanti kita taubat..atau apa yg kita buat ni tak seteruk masa barisan memerintah dulu?

Isu sebenar yg ingin saya ketengahkan adalah isu perpaduan dan kesatuan ummah. Isu di atas bagaimanapun tetap relevan kerana selagimana, kepentingan individu mengatasi kepentingan rakyat, ugama dan bangsa maka mustahil ummat Islam dan bangsa Melayu akan bersatu. Justeru jika benar ingin berjuang menegakkan kebenaran, ayuh hentikan segala pencerobohan hak rakyat dan berikan hak kepada mereka yg layak memilikinya. Kemudian barulah boleh memulakan perbincangan antara para pemimpin politik bagaimana utk bersatu. Jika ini semua tidak dihentikan, usah bermimpi utk melihat umat Islam dan Melayu bersatu dan menjadi contoh teladan kepada bangsa2 lain.


Sumber - detikdaily

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-