Melayu Jangan Mudah Lupa

Wednesday, June 9, 2010

Melayu Liberal vs Melayu Perkasa

Oleh Akhbar Khan

Bagaimana kita mentafsirkan Melayu liberal? Penulis sendiri kurang arif sebenarnya, tetapi setelah membaca beberapa artikel yang ditulis oleh penulis yang merujuk kepada diri mereka sebagai Melayu liberal dan dari pengalaman bergaul dengan mereka, penulis mentafsirkan mereka sebagai:

“Melayu atau separa Melayu (lahir dari perkahwinan campur) yang merasakan diri mereka lebih baik dari Melayu lain kerana memegang jawatan tinggi di sektor swasta, korporat atau syarikat milik kerajaan. Mereka menganggap Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan merasa megah kerana tidak fasih berbahasa kebangsaan. Mereka jarang sekali dan akan mengelak untuk bergaul dengan Melayu ‘biasa’ (Perkasa). Mereka juga merasa bangga kerana tidak arif berkenaan budaya dan tradisi Melayu. Melayu liberal ini seringkali hanya bergaul dengan bangsa Cina, India, Mat Salleh dan Melayu liberal seperti mereka sahaja.”

Dalam pergaulan dan pendedahan yang terhad Melayu liberal percaya bahawa cirri-ciri di ataslah yang menjadikan mereka sebagai Melayu yang lebih baik.

Read more - malaysia-instinct

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-