Melayu Jangan Mudah Lupa

Friday, October 29, 2010

[VIDEO / Gambar] Bas terbalik di Genting Sempah, 7 maut


KUALA LUMPUR, 29 Okt – Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai 7 penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28 (Ketua Rombongan)
Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13
Mohamad Firdaus Rosedi, 16
Mohammad Yussof A. Akhit, 16
Mohd Ridzuan Husin, 17
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17

Mereka yang dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Selayang ialah
Mohamad Fais Nasharuddin, 18
Ahmad Iswas Abd Halim, 15

manakala yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ialah
Mohd Shamsuri, 15
Mohd Ajril Azizi Azhari, 15
Mohd Akram, 19
Mohammad Hafifi Yahya, 19

Mereka yang mendapatkan rawatan cedera ringan di hospital itu ialah
Mohd Safuan Md Mokhtar, 20
Hafizudin Onan, 16
Muhamad Syakur Sulaiman, 19
Mohamad Nazren, 16
Faiz Syazwan Azlan, 18













Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa..Dan Takziah pada ahli keluarga yang terlibat..Amin

-BERNAMA

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-