Melayu Jangan Mudah Lupa

Sunday, August 22, 2010

Pemimpin melayu jangan hanya berani terhadap melayu sahaja…

Spy lihat sekarang, serupa sudah menjadi satu trend didalam negara Malaysia yang hanya akan mengambil tindakan terhadap bangsa melayu sahaja jika mereka mengeluarkan sesuatu yang disifatkan rasis oleh kaum pendatang.

Ini kononnya bagi menunjukkan pihak kerajaan yang diterajui oleh pemimpin melayu sekarang ini adil dan tidak berpihak ke mana-mana kaum dan bangsa.

Yang Spy hairan, jika kaum bukan melayu yang mengeluarkan perkataan yang menghina kedudukan melayu dan Islam, tak pula diambil tindakan malah mereka yang melakukan perbuatan tersebut dibiarkan lepas bebas berkeliaran di Tanah melayu ini.

Contoh yang terbaik ialah si Namawee yang menghina lagu kebangsaan, menghina Polis melayu, menghina kakitangan awam melayu dan juga menghina azan subuh yang disifatkannya mengganggu ketenteraman. Kurang ajar tu baii….

Tetapi sungguh menghampakan, setelah meminta maaf, dia lepas dari sebarang tindakan dengan alasan kononnya dia harus dimaafkan kerana sudah insaf. Spy nak tanya…,hingga ke hari ini, apakah Namawee benar-benar insaf? Selepas penghinaannya melalui video “Negarakuku”, rentetan video menghina pelbagai pihak dihasilkan oleh cina celaka ini. Yang terbaru, Namawee menyuruh melayu berambus masuk kedalam hutan dan juga hidup seperti sakai didalam videonya. Lu orang boleh terima ke semua benda ni..?

Spy dok tunggu jugak apa tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin melayu kita? Tapi haram….langsung tiada kerana mungkin mahu menjaga hati kaum keturunan pendatang ni. Spy pun pening…, apakah “dosa” Namawee ini lebih ringan dari kenyataan Puan Pengetua sekolah di Johor?

Opss…..semua ini tak habis dengan Namawee sahaja. Pemimpin-pemimpin cina tak kira dari pembangkang mahupun yang berada didalam komponen kerajaan pun semakin lantang mengeluarkan kenyataan rasis mengenai hak dan kedudukan bangsa melayu didalam negara.

Mereka-mereka ni dah berani mencabar artikel perlembagaan dan juga meminta hak melayu dihapuskan diatas alasan mahukan kesamarataan. Bukankah ini adalah satu bentuk kenyataan perkauman juga malah lagi teruk dari apa yang Puan Pengetua Hajjah Insyah Bt Mansor katakan di Kulai Johor?

Dan…, kita cuba lihat pula pemimpin-pemimpin cina pembangkang khususnya DAP yang menghina Islam dengan mempermainkan ayat Quran serta majlis agama. Yang terkini Spy tengok, ada pula yang sanggup mendoakan kafir harbi ini didalam solat Jumaat di masjid sebelah utara negara. Apakah ini bukan satu penghinaan juga terhadap bangsa melayu yang menjadikan Islam sebagai agama? Lagi sekali Spy nak tanya….,apakah ini juga kurang berdosa jika nak dibandingkan dengan kes Hajjah Pengetua di Johor? Hampeh betulll…..

Disebalik semua hal penghinaan, perkauman, penindasan serta sikap kurang ajar kaum pendatang ini terhadap bangsa melayu, mengapa tiada tindakan diambil keatas mereka-mereka ini supaya mereka tidak mengulanginya di masa akan datang? Takkan nak diam saja macam belatuk dalam lobang baiii….

Dan…, apakah pemimpin melayu kita hanya berani tehadap bangsa melayu sahaja tetapi menikus apabila kaum pendatang bersuara? Apa yang lu orang takut sangat niii ?

Didalam hal Pengetua Hajjah Insyah ini, Spy terkejut bila Khairy Jamaluddin begitu lantang mengeluarkan kenyataan mengecam tetapi sebelum tu si Khairy terketar-ketar menyorok apabila Chua Soi Lek mempertikaikan kuota 30% hak bumiputera yang terkandung didalam Perlembagaan. Dah terang lagi nyata bahawa si Khairy ni adalah seorang yang amat bacul dan dayus kerana hanya berani bersuara terhadap perempuan tetapi tersentap telur apabila berhadapan dengan “kaki perempuan”.

Spy nak ingatkan disini…, pemimpin-pemipin melayu diatas harus sedar bahawa rakyat terutamanya bangsa melayu kini sedang menilai bagaimana prestasi anda semua untuk diterjemahkan didalam kotak undi PRU13 nanti. Jika anda semua hanya tahu menjaga hati serta kebajikan kaum pendatang yang merupakan minoriti didalam negara manakala perasaan dan kebajikan kaum majoriti melayu dibiarkan, hanya Tuhan yang dapat menentukan nasib anda dimasa akan datang.

Ini merupakan Tanah Melayu. Parti yang menguasai kerajaan kini juga adalah bertunjangkan parti melayu. Jadi mengapa melayu dibiarkan ditindas serta disuruh diam apabila mereka dihina, dicerca dan juga dianaktirikan di tanahair sendiri?

Spy nasihatkan…, hargailah dan kekalkan sokongan yang ada dari bangsa melayu, sementara itu berusahalah untuk meraih sokongan kaum minoriti dalam negara. Tetapi janganlah terlalu ghairah mencari populariti hingga sanggup menggadaikan kesetiaan bangsa yang mengundi anda.

Diharapkan, pemimpin-pemimpin melayu diatas jangan terlalu asyik mengejar sokongan serta undi kaum minoriti. Takut-takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran di tengah jalan. Sekali lu orang jatuh, susah nak bangun balik baiii…. percayalah cakap Spy ni.

Spy Leman melaporkan dari tepi kolah Masjid Tok Guru Tanjong Tokong, Penang.

SUMBER - Peraktoday

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-