Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, July 20, 2010

Pertemuan UMNO-PAS Demi Kepentingan Bangsa, Umat Islam

PUTRAJAYA 20 Julai – UMNO tidak mempunyai agenda tersembunyi apabila mencadangkan pertemuan dengan PAS kerana ia adalah untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan pertemuan itu juga bukan bermakna UMNO semakin terdesak untuk meraih sokongan daripada orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Biarlah apa orang nak kata…kita ikhlas (mengadakan perbincangan) kerana merasakan landasan ini adalah yang terbaik demi kepentingan bangsa dan agama.

“Tidak ada apa-apa di sebalik hasrat kita (UMNO) untuk berbincang, walaupun ada yang melihat hasrat itu menampakkan kelemahan kita. Ia tidak bermakna kita terdesak kerana kita bukan parti yang terdesak,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil komoditi industri bil 1/2010, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang bahawa hasrat UMNO untuk mengadakan pertemuan dengan PAS adalah kerana parti berkenaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan PAS jangan menganggap kesediaan UMNO untuk berunding sebagai menunjukkan kelemahan parti pemerintah itu sehingga terpaksa bekerjasama dengan parti pembangkang terbabit.

Sumber - UmnoOnline

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-