Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, July 13, 2010

NEGARA ISLAM...HANYA JIKA PAS & UMNO BERSATU

Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, kedua-dua parti pakatan pembangkang itu ternyata mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, di mana DAP jelas menolak Islam, manakala PKR adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebab itu tiada sebab PAS tidak menyahut salam Umno untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977.

"Jika UMNO dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," katanya pada majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, di Kota Bharu, semalam.

Wacana yang lebih berbentuk debat terbuka antara kedua-dua parti terbesar PAS dan UMNO itu sedikit tercemar oleh sikap penonton yang mengejek sesetengah ahli panel.

Turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?". Kira-kira 3,000 penyokong kedua-dua parti itu hadir pada majlis itu.

Lokman yang sebelum ini bekas anggota PKR, berpendapat PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan Umno yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Sementara itu, Dr Mohd Asri berpendapat, bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna selagi ia tidak diasaskan kepada bersatu dalam erti kata menegakkan wadah perjuangan Islam yang sebenar.

"Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan dalam erti kata sebenar, buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam," katanya.
Sumber - Kijang-jantan

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-