Melayu Jangan Mudah Lupa

Friday, July 2, 2010

P.Pinang: Melayu Palestin merempat dibumi sendiri



Walaupun tetap kena pindah, lebih 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, di sini, boleh bernafas lega sementara apabila pemaju bersetuju melanjutkan tempoh arahan mengosongkan rumah masing-masing sehingga Oktober ini berbanding tarikh asal iaitu semalam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Pokok Asam, Mohd Khir Mohd Said berkata, persetujuan itu dicapai setelah beberapa kali perundingan antara wakil penduduk, bailif mahkamah dan peguam pemaju, Nova Mulia Development Sdn Bhd.

“Mengikut surat, kami perlu kosongan rumah untuk beri laluan kepada projek perumahan mewah di atas tapak tanah kampung ini mulai hari ini (semalam),” katanya.

Mohd Khir berkata, bukan niat penduduk mahu berkeras untuk tidak keluar dari tanah itu namun pampasan yang ditawarkan pemaju tidak setimpal.

“Kebanyakan penduduk kampung ini sudah tidak di sini lebih daripada lima generasi iaitu sejak 100 tahun lalu. Kami bukan keras kepala, cuma minta pampasan setimpal dengan kesusahan kami,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berasa kecewa dengan sikap wakil pemaju pagi semalam yang tidak sesuai seolah-olah mereka yang tinggal di kampung itu pendatang haram.

“Kami boleh beri kerjasama sekiranya mereka lebih bertimbang rasa dan menghormati penduduk asal tempat ini. Kami bukan tidak mahu keluar tetapi beri masa kepada kami untuk mencari penempatan baru yang sesuai. Bukan senang nak cari rumah murah sekarang ini.

“Kami juga kena fikir tentang anak-anak yang masih bersekolah. Bukan senang nak lakukan proses pemindahan sekolah,” katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui menyuarakan rasa kecewa dengan nasib yang dialami. Namun mereka memberi jaminan akan beri kerjasama dan berpindah secara aman apabila tiba masanya nanti.

Halimah Bee Ibrahim, 63, berkata, rumah warisan keluarganya yang didiami enam adik beradiknya sejak kecil merupakan salah satu rumah yang bakal dirobohkan tidak lama lagi.

“Sayu hati bila saya dimaklumkan oleh anak bahawa kami harus mengosongkan rumah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

“Di sini saya membesar bersama adik beradik, sinilah tempat kami bermain, mengenal erti kehidupan dan tempat arwah suami, mak dan ayah saya meninggal dunia. Rumah ini banyak memori kepada saya. Saya harap pemaju dapat mempertimbangkan keputusan untuk mengusir kami keluar dari sini,” katanya.

Mohd Tamby Ariffin, 55, tidak dapat menerima jumlah tawaran pampasan pemaju yang dikatakan tidak berpatutan dengan kos sara hidup sekarang. (sinar)

“Pemaju hanya tawarkan RM75,000 kepada setiap rumah. Dalam sebuah rumah ada lebih dua keluarga. Dengan RM75,000 hanya boleh beli rumah flat kos rendah dua bilik. Bagaimana kami mahu hidup dalam rumah sekecil itu?" katanya.

>>> Pemaju perlekeh mahkamah

>>> Kg Melayu 90 tahun di Jelutong diusir ... Mana NGO, Pakatan, Jeff Ooi?

>>> Kampung Binjai pula bakal ranap di bumi Pulau Pinang?

>>> MELAYU TANJUNG JANGAN DIJADIKAN JERUK 'ASAM & PALA'

>>> KAMPUNG MELAYU DI PULAU PINANG MAKIN LENYAP?

>>> Lagi Melayu diusir dari Tanah air sendiri

Maka yang menjadi mangsa tetap Melayu.

1. Melayu di salahkan kononnya undi Pembangkang,

Tukar Baju Politik: Kampung Melayu P. Pinang Tanggung Padah

2. atau UMNO yang bersalah selepas 52tahun memerintah P.Pinang,

Isu Melayu merempat di Pulau Pinang..Salah siapa sebenarnya?

Siapakah PENGKHIANAT Bangsa Melayu sebenar???

Begitu mudah Pemimpin melayu lepas tangan, kerana terlalu sibuk berpolitik, gila kuasa, gila projek, gila wang, gila rasuah, gila betina..Akhirnya Melayu tinggal Melayu..Laungan Hidup Melayu hanya wujud pabila kuasa mula menghilang.

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-