Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, July 20, 2010

Kerajaan Perak terus bagi tanah kepada sekolah Cina

Kerajaan BN Perak bawah Menteri Besar Dato’ Dr Zambry A Kadir mengumumkan bahawa sebidang tanah berjumlah 1,012 hektar tanah akan diberikan bagi menampung perbelanjaan 9 sekolah Cina bebas dalam negeri itu. Pengumuman itu dibuat oleh Exco Perak mewakili MCA Dato’ Dr. Mah Hang Soon.

Seluruh umat Melayu terkedu dengan tindakan Menteri Besar (MB) Perak menganugerahkan tanah seluas 1,012 hektar kepada sekolah persendirian Cina. Kononnya supaya sekolah-sekolah Cina tersebut dapat memajukan tanah tersebut bagi menambahkan pendapatan sekolah!

Sebenarnya tidak timbul isu peruntukan sekolah persendirian Cina tidak mencukupi kerana sekiranya pentadbir sekolah Cina berasa sudah tidak mampu untuk beroperasi, banyak sekolah kebangsaan disediakan untuk menerima pelajar sekolah persendirian Cina terbabit.

Masyarakat sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran proaktif memperkasakan sekolah kebangsaan dan seharusnya belajar di sekolah kebangsaan menjadi keutamaan dan sebagai penyelesaian terbaik, bukannya dengan menganugerahkan tanah kepada sekolah persendirian Cina.

Persoalan mengenai sekolah Cina bebas dan/atau swasta layak mendapat bantuan peruntukan Kerajaan atau tidak timbul, kerana jenis sekolah ini tidak tersenarai bawah Akta Pendidikan 1996. Sekolah sekolah ini terangkum bawah kategori sekolah swasta dan pembiayaanya ialah atas inisiatif model perniagaan mereka atau derma yang berjaya dijana. Sekolah Cina bebas dan/atau swasta ini biasanya didukung oleh persatuan Cina. Dalam negeri Perak, majoriti persatuan Cina ini didukung oleh pelbagai industri yang matang dan dikuasai masyarakat Cina seperti golongan pengusaha lombong, masyarakat peniaga borong dan pembalak.

Sekolah yang lebih memerlukan seperti sekolah bantuan modal Kerajaan dalam negeri Perak, termasuk sekolah agama rakyat yang jauh lebih daif dan sebenarnya tidak mendapat pembelaan. Namun sekolah sekolah ini tidak mendapat perhatian Kerajaan Perak sebaliknya sekolah Cina bebas seperti 9 ini yang diberikan pembelaan.

Tanah 1,012 hektar untuk dimajukan sebagai estet kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan merupakan anugerah tanah yang amat besar. Untuk jangkamasa terdekat dan serdehana, ianya memang menjadi estet dan dibangunkan sebagai pertaniah. Namun tanah anugerah ini mungkin akan ditukar status guna tanahnya akan datang dan dalam sekelip mata, syarikat Semangat Suwa Sdn. Bhd. ini akan menjadi pemaju tanah yang amat besar (sebesar sebuah pembangunan bandar baru) dan semestinya akan memberikan pulangan yang amat lumayan.

Apakah tiada anugerah yang sama diberikan kepada sekolah agama rakyat dalam Perak, atas skima yang sama? Tidak kah sekolah agama rakyat yang jauh lebih daif (kerana tidak dibantu masyarakat peniaga dan usahawan Melayu dan bergantung sepenuhnya pada derma)dan sesetengahnya berada dalam kawasan luar bandar yang serba kekurangan tidak memerlukan bantuan untuk menentukan orang Melayu yang memilih anak mereka dalam sistem ini berteruskan, demi menjamin hak pelajaran mereka?

Ternyata majoriti pemaju hartanah dalam negeri Perak merupakan golongan usahawan Cina dan tindakan ini hanya menambah satu lagi peluang bagi masyarakat Cina Perak menjadi pemaju hartanah yang berpotensi dengan pulangan yang amat lumayan sedangkan peluang yang sama tidak diberikan kepada orang Melayu yang memilih untuk mendukung sistem sekolah agama rakyat.

Nampaknya, dasar memberi tanah kepada masyarakat Cina yang dipelupuri sebelum ini oleh Kerjaaan boneka-DAP Nizar Jamaluddin diteruskan oleh pemerintah sekarang. Jelas tindakan ini, terutama kepada golongan minoriti yang sombong (dan tidak pernah berterima kasih walau apapun imbuhan yang diperuntukan Kerajaan tetapi sebaliknya meneruskan permintaan sehingga tahap ‘tebusan politik’) akan terus ‘melukakan hati’ orang Melayu dan mengakibatkan mereka makin ‘menjauhi’ BN dalam pilihanraya umum akan datang. Sekiranya ini sahaja strategi bagi BN Perak untuk memenangi undi masyarakat Cina, maka dikhuatiri mereka akan mengunakan permintaan yang lebih sebagai ‘agenda tebusan politik’ secara konsisten.

Jelas tindakan ini menunjukan Dr. Zambry sebagai seorang pemimpin UMNO dari latar belakang pendidik tidak berusaha untuk menentukan sistem Satu Sekolah Untuk Semua diujudkan bagi menjamin secara strategik perpaduan, semangat toleransi, kerjasama dan muhibbah dikalangan masyarakat Malaysia akan datang. Semestinya, ini adalah satu yang menyesalkan.

Sumber - PribumiPerkasa

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-