Melayu Jangan Mudah Lupa

Monday, July 5, 2010

Jika hilang kuasa Politik...Melayu dimana akhirnya!!!!

Dari sehari ke sehari, Melayu sering diingatkan. Apa yang menjadi persoalan kepada Awekz, sampai bilakah Melayu akan terus tidak sedar. Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Sedarkah kita, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membantu Melayu maju dalam pelbagai bidang. Untuk meneruskan kemajuan yang telah Melayu kecapi, MELAYU HARUS BERSATU. Hilangnya kuasa POLITIK sudah pasti MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA!!!

Sedih melihatkan rakan-rakan puak pakatan rosak masih tidak menyedari hakikat ini. Masih tidak menyedari agenda yang dimainkan oleh teman-teman seperjuangan mereka. Dimana kesepakatan yang dilaung-laungkan apabila mereka masih tidak dapat menyelesaikan agenda perjuangan sebagai satu PAKATAN.

Cakap banyak pun tak guna dan bagi Awekz, Buat bangsaku MELAYU, hentikanlah perbalahan. Bersatulah kita dan semestinya KESEDARAN itu perlu ada. Dulu, Kini dan Selamanya...Fikir-fikirkan...


PERSOALANnya:
Kenapakah selama 52tahun orang melayu begitu taat kepada UMNO tetiba jer mula berubah angin?...Kenapa Pemimpin UMNO tidak tanya pada diri sendiri dan cari kesilapan lampau..Usah dok tahu caci maki Orang Melayu jer bila beralih keparti lawan...Macamla Orang Melayu ni bodoh sangat...sampai tak bolih nak berfikir....Salah ker jika beralih Parti..
Jika begitu belajar2laaa berubah..Jangan dok fikir nak cari kekayaan jer hingga lupa tanggungjawab sosial terhadap Orang Melayu...Jgn dok tahu marah PAS/PKR jer kononnya jadi kuda tunggangan DAP...UMNO apo kurangnyer selepas 52tahun di beri kepercayaan memerintah sehingga Melayu semakin pupus di Pulau Pinang..so UMNO tunggang GERAKANke??????????????
Tepuk dada tanyala selera

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-