Melayu Jangan Mudah Lupa

Thursday, July 15, 2010

Doakan PAS-UMNO Bersatu

Saya melihat masanya telah tiba untuk kita sama-sama berdoa dan ikut berusaha agar jalinan murni perpaduan PAS-UMNO menjadi kenyataan. Ini bukan persoalan PAS atau UMNO semata-mata. Ini adalah persoalan pembinaan sebuah negara bangsa. Sebagai permulaan saya ingin melontarkan beberapa saranan untuk perhatian kita semua.

* Kita usah terlalu mengharapkan kerjasama ini akan berlaku dengan segera. Kita harus menyedari PAS dan UMNO mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi kefahaman kepada ahli masing-masing. Saya yakin dengan hati terbuka, penjelasan yang baik dan niat yang murni tidak mungkin akan ada ahli mana-mana parti menolak usaha ini. Kejayaan paling awal yang perlu dicapai ialah mengadakan pertemuan. Bertemulah kerana Allah.

* Meminimumkan perbincangan melalui media. Ini bukan gosip artis berkahwin atau bercerai. Ini bukan kisah Maradona yang celupar tetapi pulang awal dari Afrika Selatan. Ini persoalan tentang sebuah tamadun unik, sebuah bangsa yang menjadi Melayu kerana beragama Islam dan hilang Melayunya jika meninggalkan Islam. Perbincangan terbuka dikhuatiri akan mengundang salah tafsiran.

* Elakkan terlalu ramai jurucakap. UMNO dan PAS perlu menentukan ‘siapa’ yang perlu dirujuk untuk memperkatakan perkara ini. Isu ini bukan isu peribadi. Ini akan menentukan bentuk negarabangsa yang ingin kita wariskan kepada anak cucu. Kelangsungan agama, bangsa dan negara menjadi taruhannya.

* Elakkan campur tangan pihak lain apabila membicarakan sesuatu perkara berkaitan Melayu Islam. Praktis ini dilakukan oleh DAP, MCA dan Gerakan apabila bercakap tentang kepentingan kaum Cina. Ini adalah sesuatu yang wajar sebenarnya. Barangkali NGO, para ulama dan mufti boleh dijemput untuk berkongsi pandangan.

* Elakkan sebarang syarat. Rasullullah SAW sendiri sentiasa menekankan ‘sangka baik’ sewaktu mendidik dan memimpin usaha dakwah dan mengembangkan Islam dahulu. Teruskan kaedah ini.

Akhirnya marilah kita berdoa, mudah-mudahan usaha murni ini diredhai. Duduklah, berbincanglah kerana Allah.

Sumber - Malaysia-Instinct

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-