Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, June 22, 2010

Melayu mesti bersatu

Tuesday, June 22, 2010
Dewasa ini,Kita dapat melihat melayu sudah tidak bersatu lagi.Jika diawal penubuhan UMNO dulu kita dapat melihat UMNOlah pertubuhan yang dapat menyatukan orang melayu.Namun sekarang melayu telah terpecah kepada 3 kumpulan.Ini menyebabkan suara melayu semakin kecil.Kita tidak boleh lagi beranggap melayu adalah majoriti didalam pilihan raya lagi jika suara kita sudah terpecah 3.Walau pun kaum cina dan kaum india juga kelihatan terbahagi kepada beberapa kumpulan namun mereka didalam banyak perkara masih bersatu dalam satu suara bila mereka ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan bangsa mereka.Namun pemimpin pemimpin melayu tidak akan dapat bersatu suara untuk kepentingan bangsa mereka.Ini sememangnya amat menjijikkan kita semua yang tidak terlibat didalam politik.Kerana bagi kita walau apa sekali suasana pun kepentingan melayu mestilah didahulukan.

Sebenarnya bangsa melayu terlalu berpolitik.Bukan sahaja didalam parti politik malahan dalam semua bidang pun melayu tetap akan berpolitik bah kan didalam sukan pun mereka akan tetap berpolitik.Ini menyebabkan matlamat utama telah dikemudiankan hanya semata mata untuk kepentingan seseorang dalesungguhnam mendapatkan kuasa untuk mereka.Jadi bagaimana kita dapat melaksanakan matlamat kita jika banyak masa kita gunakan untuk mendapatkan kuasa?.Akhirnya bangsa kita akan tergadai kerana pemimpin pemimpin yang hanya tamakkan kuasa.Sedangkan mereka sebenarnya tidak layak pun untuk memimpin.

Mungkin Perkasa berada dilandasan yang terbaik untuk menyatukan semula melayu yang telah layu,namun Perkasa masih kelihatan dibayangi oleh UMNO.Ini membuatkan melayu yang bernaung dibawah PAS atau PKR tidak akan menyertainya.Untuk menutrialkan Perkasa,perlunya dielakkan pemimpin pemimpin parti politik dari memimpin Perkasa.Barulah kita dapat menarik melayu dari Pas atau Pkr untuk bersatu dibawah Perkasa.Walau apa pun yang kita buat nanti.Pastikan melayu tetap bersatu.Jika kita tidka bersatu kitakan kalah.Sesungguhnya bersatu itu teguh,bercerai itu roboh.

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-