Melayu Jangan Mudah Lupa

Wednesday, June 9, 2010

MELAYU BUKAN KAUM MAJORITI DI MALAYSIA

- ABDUL RAHIM LAJIS

NEGARA kita adalah negara majmuk di mana tidak ada satu majoriti kaum, kata Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong di Dewan Rakyat pada jam 4.21 petang 16 Mac lalu.

Beliau menegaskan demikian ketika berucap menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Malaysia yang ke-12.

“Saya ingin Yang Berhormat juga memahami kerana negara kita adalah negara majmuk, di mana tidak ada satu majoriti kaum. Oleh itu, dari segi dana-dana semua perlu diagihkan dengan lebih adil…mungkin dari segi subsidi juga,” tegas beliau mengingatkan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye.

Kenyataan beliau adalah sangat bertentangan dengan pengumuman Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Wan Ramlah Wan Abd. Raof pada satu sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Kajang, 21 Januari lalu.

Beliau berkata, jumlah penduduk tahun 2009 meningkat kepada 28.2 juta orang berbanding 27.7 juta pada tahun 2008.

''Orang Melayu kekal sebagai kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus. Kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah 1.3 peratus,” kata Wan Ramlah.

(Untuk fakta lanjut sila kunjungi: Jumlah penduduk Malaysia kini menghampiri 30 juta orang)

Terdahulu, pada hari bersejarah 16 Mac 2010 persidangan Parlimen itu, Perdana Menteri. Mohd. Najib Tun Razak berucap menjawab soalan lisan Ahli Parlimen dari Kapit, Alexander Nanta Linggi yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama buat masa sekarang.

Hampir semua Ahli Parlimen dari Kerajaan Barisan Nasional juga menghadiri sesi bersejarah Parlimen yang menerima fakta baru daripada Chua Tee Yong itu.

Turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dengan Chua Tee Yong pada hari bersejarah itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar kanan) yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.

Ucapan penuh keberanian oleh Chua Tee Yong boleh dihayati dalam hansard rasmi Parlimen (Parlimen-Kaum.pdf) ini terutama pada muka surat 108 yang ditandakan bulat dan diterangkan.

Sementara itu, menurut angka populasi di Malaysia di laman web rasmi Tourism Malaysia di bawah Menteri Pelancongan, Dr. Ng Yen Yen, kaum Melayu ialah 57% daripada sejumlah 27.17 juta penduduk Malaysia. (Untuk fakta lanjut sila kunjungi: Fast Facts About Malaysia).

Sumber - merdeka-Online

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-