Melayu Jangan Mudah Lupa

Tuesday, June 29, 2010

Kepentingan peribadi punca perpecahan

Pertelagahan sesama umat Islam, Melayu terutama dalam politik hanya beri kesan negatif

KUALA LUMPUR: Perpecahan sesama sendiri yang berlaku di kalangan umat Islam dan Melayu ketika ini disebabkan oleh kepentingan peribadi serta kelompok kumpulan yang berfikiran dan membuat tuduhan perkauman sempit hingga menyebabkan berlaku perpecahan masyarakat.
elo Amat Kehormat Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Uthman el-Muhammady, berkata kini sukar dilihat nilai sejati dalam kesetiaan, jiwa mementingkan bangsa dan umat mengatasi kepentingan diri dalam masyarakat Islam dan Melayu di negara ini.
“Apa yang kita saksikan ketika ini selama 40 tahun kita melihat umat Melayu Islam bergaduh sesama sendiri (melalui politik) malah ada di kalangan kelompok sanggup menggelarkan ‘ulul amri’ (kerajaan dan pemerintah) sebagai kerajaan sekular sedangkan tanggapan mereka itu secara ilmiahnya adalah tidak benar dan tidak amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Muzakarah Pakar ‘Selepas 60 Tahun Kes Natrah: Di Mana Kita? – Dari Perspektif Pendidikan’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini semalam.

Turut membentangkan kertas kerja pada muzakarah itu ialah Ketua Hakim Syarie yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut dan Karyawan Tamu Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Ibrahim berkata, usaha berterusan mempertingkatkan perundangan syariah di negara ini perlu diperluaskan ke negara lain peringkat ASEAN yang majoriti penduduknya beragama Islam supaya setiap isu yang membabitkan perundangan syariah dapat ditangani dengan baik dan meluas.
Katanya, jika ia dapat dilaksanakan rantau dan benua lain akan melihat kejayaan mempelopori sistem perundangan dan kehakiman syariah sebagai satu bentuk tamadun Islam yang dinamik dan berjaya.

Sementara itu, Fatini yang juga bekas wartawan Dewan Masyarakat yang berjaya mengupas dan mencungkil cerita kehidupan Natrah selepas meninggalkan Malaysia dan berkeluarga berkata, banyak pengajaran boleh diperoleh daripada kisah Natrah yang berjaya menyatupadukan umat Islam ketika itu selepas undang-undang sivil yang diguna pakai meminggirkan hukum syarak.

Katanya, dalam memastikan survival umat Islam, parti politik Melayu perlu bergabung bagi memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

“Walaupun secara kasarnya semua (parti politik) yang ada hari ini ada kelemahan dan kekurangannya, ia adalah lebih baik daripada kuasa yang ada terlepas langsung kepada yang bukan Islam,” katanya.

Sumber - Bharian

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-