KOTA BHARU - Pas menyifatkan isu berhubung cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik seorang bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri hanyalah sensasi yang digembar-gemburkan pihak media.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya pakatan Pas-DAP-PKR tidak pernah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.
Berucap ketika menggulung perbahasan usul pada Muktamar Pas ke-56 semalam, beliau meminta semua pihak terutamanya media agar tidak mempolemikkan isu berkenaan bagi mengelirukan rakyat.
:Beliau berkata, sebarang perkara mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu perlu mendapat ersetujuan secara kolektif antara parti komponen pakatan pembangkang.
Kelmarin, perwakilan dari Johor, Atan Gombang meminta kepimpinan Pas Pusat supaya menjelaskan pendirian parti itu berhubung cadangan Anwar untuk melantik bukan Melayu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mustafa berkata, isu berkenaan tidak pernah dibincangkan dan perkara itu dapat dibuktikan kerana pimpinan tertinggi pakatan pembangkang akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menyelaras setiap tindakan yang akan diambil.
Sumber - sinarharian
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
8 years ago
