Melayu Jangan Mudah Lupa

Wednesday, June 23, 2010

Bila Melayu Cakap, Dikatakan Menghasut, Orang Lain Cakap, Dikatakan Kebebasan Bersuara

Oleh Semut Besi

Semut Besi percaya, ramai yang menjangkakan, kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang mencadangkan agar kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan berteraskan semangat kebangsaan, pasti akan mendapat bangkangan daripada orang bukan Melayu.

Telahan itu terbukti benar, walaupun matlamat murni atas alasan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini, namun puak-puak cauvinis sudah pasti akan menentang kononnya mahu mempertahankan sistem pendidikan ibunda masing-masing.

Benar, selama ini hanya Malaysia yang memberikan kelonggaran kepada penubuhan sekolah-sekolah cina dan tamil, namun inikah hasilnya seperti yang kita lihat ketika ini?

Ke mana perginya usaha-usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Semut Besi yakin, suasana di Malaysia ketika ini hanya di permukaan sahaja nampak aman damai, tetapi realitinya semangat perkauman begitu menebal sekali.

Pergilah ke mana-mana, amat jarang sekali boleh dilihat orang Melayu, Cina dan India duduk semeja menikmati makanan, itu hanya sekadar asas untuk dijadikan contoh.

Ketika politik Melayu dikatakan mengalami perpecahan akibat kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim, seorang yang pernah disabitkan dengan kesalahan tidak bermoral dan liwat tetapi tidak diangkat menjadi 'hero' akibat sikap orang nombor satu yang kononnya mahu menegakan keadilan dan ketelusan, kini kaum-kaum lain semakin galak mempersoalkan kepentingan Melayu.

Bukan DAP, tetapi parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sendiri telah membuktikan mereka bukanlah rakan kepada UMNO ketika suasana politik negara masa kini.

Dengan tidak semena-mena, terhambur dari mulut pemimpin mereka, kenyataan-kenyataan mempersoalkan orang Melayu, seolah-olah kegagalan calon-calon mereka pada pilihan raya umum lalu sekaligus menyaksikan buat pertama kalinya BN gagal mengekalkan mejoriti dua pertiga di Parlimen, berpunca daripada UMNO.

Orang Melayu dan agama Islam diperkotak-katikkan oleh puak-puak yang merasakan mereka kini semakin kuat, Raja-Raja Melayu tidak dihormati, peraturan negara dipermainkan, malah 1,001 macam lagi telatah puak-puak cauvinis ini yang begitu memualkan.

Sekian lama orang Melayu bersabar, bertolak-ansur, makin besar kepala puak-puak ini.

Bagi Semut Besi, bukan sekadar Lim Kit Siang mahupun Karpal Singh, namundari sebesar-besar pucuk pimpinan parti BN sendiri seperti Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Datuk Seri S. Samy Vellu, Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Tan Lian Hoe, mereka tidak boleh lari daripada mengakui pernah mengeluarkan kenyataan menghiris hati orang Melayu.

Bukan seolah-olah lagi, tetapi sememangnya mereka lupa bahawa mereka berada di Parlimen, hasil kemenangan kerusi masing-masing selama ini adalah menerusi undi orang Melayu.

Tetapi sekali orang Melayu bersuara, nah kita lihak apa tindak balas mereka terhadap Datuk Ahmad Ismail.

Mereka menuntut UMNO mengambil tindakan menyebabkan akhirnya dengan berat, UMNO terpaksa bertindak dan Ahmad digantung tiga tahun keahlian dalam parti.

Semut Besi percaya, sekarang mereka juga mahu melihat tindakan yang sama dikenakan terhadap Mukhriz pula seperti mana kenyataan Tee Keat, Soi lek dan Liow Tiong Lai yang membelasah Mukhriz dengan secukup-cukupnya.

Malah, Samy Vellu yang selama ini bergantung kepada undi Melayu tetapi kini ditolak termasuk pengundi India sendiri, mendesak Peguam Negara bertindak terhadap Mukhriz.

Inilah bahana apabila orang Melayu bersuara. Mereka akan dianggap membangkitkan soal-soal perkauman tetapi pada masa yang sama puak yang beranggapan sedemikian dengan lancang terlebih dahulu menyakiti hati orang Melayu.

Kit Siang menuduh Mukhriz sebagai menghasut walaupun kenyataannya sekolah vernakular ini menjadi punca sebenarnya kenapa kaum-kaum di Malaysian ini semangkin renggang.

Nampak sangat Kit Siang ini bias terhadap Melayu, bila Soi Lek kata Ketuanan Melayu tidak releven, beliau sikit pun tidak komen sebab yang kena itu orang Melayu.

Tetapi bila kepentingan Cina disentuh dengan bingkas dia bangun menentang Melayu sebagai penghasut, kalau tidak mahu kepentingan mereka disentuh jangan mencabar ksebaran orang-orang Melayu.

Apa semua ini?

Kalau nak diikutkan cadangan menubuhkan sekolah satu sistem itu lebih rasional demi untuk perpaduan kaum di negara ini dan tidak boleh dianggap perkauman jika mereka sendiri sama-sama mempunyai semangat kebangsaan seperti kita semua.

Tetapi ternyata mereka sendiri tidak mahu mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, kononya tidak mahu menjadi hamba kepada kaum Melayu walaupun amat jelas sekali negara ini sememagnya bersultankan bangsa Melayu sebagai ketua negara, malah ketua kerajaan kita pun adalah berbangsa Melayu yang menjadi pemerintah kepada negara ini, ini adalah hakikat, bukannya hasutan untuk menghina bangsa dan kedudukan mereka.

Ada pihak merasakan apa yang diperkatakan oleh Mukhriz adalah bertujuan untuk memulangkan paku buah keras kepada kaum-kaum lain yang langsung tidak mahu memahami konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Setelah bermacam-macam tuntutan dikeluarkan oleh pemimpin politik ini, nampaknya mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa orang Melayu di negara ini juga mempunyai tuntutan!

Mereka perlu ingat, konsep Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedaulatan agama Islam bukan datang secara tiba-tiba, konsep begini tidak akan wujud sekiranya dari awal lagi orang Melayu menjadi satu kaum yang dominan, kuat, kaya dan membentuk majoriti yang tersangat besar di negara ini, sama seperti Melayu di Indonesia, Siam di Thailand dan Cin di Singapura.

Konsep-konsep itu bagi Semut Besi, wujud kerana keterpaksaan orang Melayu untuk menerima mereka ke dalam Persekutuan Tanah Melayu yang bersedia untuk merdeka beberapa tahun selepas itu.

konsep-konsep itu wujud bersama pengorbanan besar orang Melayu selepas selama ribuan tahun mendiami tanah Semenanjung, membayar dengan darah, keringat dan air mata demi mempertahankan negara ini yang dijajah silih berganti oleh Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Jangan lupa juga bahawa negara ini juga pernah dijajah oleh puak-puak ini selama 14 hari melalui komunis yang ketika itu dikenali sebagai bintang tiga.

Bayangkan, selama hampir 500 tahun dijajah, orang Melayu perlu sekali lagi berkorban semata-mata ingin melihat tanah ini dipulangkan kepada mereka.

Orang Melayu berada di persimpangan dilema ketika itu, seolah-olah ditelan mati emak, diluah mati bapak, ibarat perlumbaan jalan kaki secara marathon, dalam keadaan mendahului, garisan penamat sudah kelihatan, namun keletihan membuatkan seolah-olah penamat berada terlalu jauh dalam jangkauan.

Orang melayu akhirnya membuat keputusan, pengorbanan ini diharapkan menjadi yang terakhir, dengan tuntutan sedikit keistimewaan diberikan kepada mereka, selaku tuan tanah kedaung.

Hari ini, selepas kuasa politik yang melindungi orang Melayu di negara ini ditewaskan oleh rakyat terbanyak, hasil dari manipulasi, tipu helah dan fitnah yang berleluasa, ditambah dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin yang berada di puncak kuasa, orang Melayu dituntut saban hari untuk melepaskan sedikit hak yang mereka ada.

Sayangnya, hanya hak Melayu dituntut, dan apabila Melayu menuntut supaya hak yang diberikan kepada golongan pendatang ini turut dikembalikan, orang Melayu dituduh menghasut, perkauman, cuba menjadi jaguh.

Mukhriz hanya melontarkan satu daripada puluhan, kalau tidak mungkin ratusan tuntutan yang ingin dibuat oleh orang Melayu - reaksinya adalah keengganan dan sanggahan keras,

Oleh itu kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang kini sedang berada di puncak kuasa, baik dari UMNO, PAS mahupun PKR, rayuan orang Melayu adalah jangan langsung diberi ruang kepada golongan ini menuntut lebih daripada apa yang sepatutnya.

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-