Walaupun Al ARQAM bukanlah sebuah pertubuhan siasah namun jemaahnya mampu mengugat kekuatan jemaah PAS mahu pun UMNO.
Tidak hairanlah bila jemaah AL ARQAM diharamkan oleh kerajaan dan dicemuh oleh jemaah PAS sendiri yang kononnya mendakwa pertubuhan mereka adalah lebih islamik kerana mereka kelihatan takut akan kekuatan jemaah AL ARQAM.Jika kita lihat dengan teliti sebenarnya AL ARQAM adalah lebih islamik dan jemaahnya menerapkan nilai nilai islam yang jauh lebih baik dari PAS.Walaupun mereka tidak memerintah sesebuah negeri seperti pas namun mereka berjaya membina system pendidikan,kesihatan dan system perniagaan mereka tanpa perlu pun memerintah negeri.Tapi apa yah dapat dilakukan oleh PAS yang sudah pun memerintah kelantan lebih 4 penggal berkuasa?.
Banyak lagi kebaikan yang telah dibawa oleh jemaah AL ARQAM namun tak perlulah saya nyatakan takut nanti pendapat saya juga turut di haramkan.Walau bagaimana pun kita dapat melihat jemaah manakah sebenarnya yang lebih bersih diantara jemaah yang saya nyatakan.
Sumber - yangkitadengar.blogspot
