Melayu Jangan Mudah Lupa

Sunday, May 30, 2010

BILA PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

SUNDAY, MAY 30, 2010



AKU PUN TAK FAHAM-FAHAM!

JIKA pemimpin Melayu sayang orang Melayu, yang dipeluk ialah kaum bukan Melayu sambil berbisik ke telinga orang Melayu "sebenarnya saya lebih sayang orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Jika MECD, kementerian yang jaga kepentingan Melayu dimansuh, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu, "sebenarnya bila MECD dimansuh, lebih banyak kementerian lain membantu Melayu. Dulu satu sahaja, sekarang semua Menteri boleh bantu orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin perkenalkan Model Ekonomi Baru, DEB dikecam sebagai punca negara hilang daya saing dan jadi halangan kemasukan FDI, pemimpin bisik ke telinga orang Melayu "Sebenarnya DEB adalah dasar terbaik untuk negara dan orang Melayu".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila sokongan orang Cina merosot dalam PRU 12 dan semua PRK termasuk terbaru PRK Hulu Selangor dan Sibu, pemimpin Melayu bisik ketelinga orang Melayu "sebenarnya masih ramai lagi orang Cina sokong kita. Kita mesti terus pujuk dan layan tuntutan mereka"

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Bila pemimpin batal kuota, permit dan AP untuk orang Melayu, dibisik ketelinga orang Melayu, "sebenarnya quota, permit dan AP hanya menguntungkan sedikit sahaja syarikat Melayu. Kalau batal lebih baik, sama-sama tak dapat. Betul tak?".

Pemimpin harap orang Melayu faham.

Sedangkan cartel, monopoli gula, tepung, lesen judi, lesen arak dan lain-lain seumpamanya bukan banyak syarikat dapat. Hanya diberikan kepada satu atau dua sahaja syarikat bukan Melayu!

BILA MASA PEMIMPIN NAK FAHAM PERASAAN ORANG MELAYU??

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-