Melayu Jangan Mudah Lupa

Thursday, May 27, 2010

'Amat sakit' pertahan Islam, Melayu demi perpaduan

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Bagi saudara baru, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, tindakannya memperjuangkan Islam mungkin disifatkan sesuatu yang biasa namun apabila ia berkait dengan kepentingan Melayu, beliau pasti akan dikecam oleh kaumnya sendiri.

Sungguhpun pandangannya yang disiarkan di beberapa akhbar dan blog mengundang risiko tinggi dikecam segelintir masyarakat Cina tempatan, namun beliau bertekad untuk terus memperjuangkan kedua-dua kepentingan itu demi perpaduan serta pembinaan negara bangsa.

Sambil menahan sebak, beliau menjelaskan, tindakan untuk 'menduakan' bangsanya adalah demi mempertahankan keistimewaan Islam yang dianutinya serta hak majoriti masyarakat Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Setiap kali tulisan (pandangan) yang keluar itu, ia bukan keluar dengan begitu sahaja, ia keluar dengan linangan air mata sebab kita (saya) bukan sahaja ditentang oleh orang lain, tetapi oleh 'adik-beradik' sendiri.

''Amat sakit... eh tak boleh bercakap, bercakap pun payah, itu sajalah," katanya sambil meninggalkan rostrum dengan tergesa-gesa untuk menyembunyikan perasaan sedih beliau.

Mohd. Ridhuan atau nama sebenarnya Tee Chuan Seng sebelum itu berucap sebagai ahli panel pada program Wacana Peradaban Bahasa Melayu sempena pelancaran Hari Pejuang Bahasa '152' di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Ahli panel lain termasuk Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dari Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Dr. S. Nathesan Sellapan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Mohd. Ridhuan yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sering dikecam para pelayar Internet terutama di portal berita propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini ekoran tegurannya ke atas sikap ultra kiasu sebahagian masyarakat Cina.

Sebagai contoh, beliau mempersoalkan sikap golongan Cina ultra kiasu yang mencabar hak keistimewaan Melayu melalui artikel bertajuk 'Masih Adakah Ketuanan Melayu?' yang disiarkan dalam kolumnya di Mingguan Malaysia dan blognya pada 13 Disember lalu.

Sementara itu, beliau juga mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin serta tokoh akademik yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Sedangkan katanya, aktivis tempatan berusaha keras bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat di negara ini.

''Hah, itulah nasib orang Melayu di bumi Melayu. Jadi kalau tuan-tuan tanya pada Cina (saya), macam mana Cina (saya) nak jawab pun tak tahu,'' tegasnya sambil disambut gelak tawa dan tepukan daripada kira-kira 200 hadirin.

Sumber: Utusan Malaysia

AkHbAr HaRiAn:-

HOTs MEDIA

Bangkit

MaLaYsIa NeWs:-

Malaysia Hari Ini

MiNdA LaWaK:-